Automate your Marketing
with Womplify




 
mysery's FotoPage

By: mysery seri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Aug-2006 02:42 Email | Share | | Bookmark
Cloud no 6...

 
kebetulan....
Star No 6..bukan yg sengih tu..
View all 4 photos...
Bismillah

Assalamualikum..

Ni gambar lama...no 6 adalah jersi kegemaran aku...









Sunday, 6-Aug-2006 13:53 Email | Share | | Bookmark
sikit hari lagi..

dari jauh...
himpunan koleksi terbaik...
Bismillah..

assalamualikum..

nasib kanak2 di lebanon...menjadi mangsa setiap hari..

teringat pula anak sedara kat malaysia...tak per.. tak sampai sebulan lagi kita akan bersua...





Wednesday, 2-Aug-2006 01:50 Email | Share | | Bookmark
Kekejaman...

sebelum..
saat getir...
curi2 snap...bahaya.
assalmaualikum

BIsmillah..

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.

'Dan orang2 yahudi dan nasrani tidak akan suka kepada mu hingga engkau turut agama mereka.ketakanlah : Sesunggunya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk.dan sesungguhnya jika engkau ikut telunjuk kemahuan2 mereka, sesudah datang pengetahuan kepadamu, maka engkau tidak akan dapat dr Allah pengawal dan pembantu.(Al-Baqarah ayat 120)

Tiada kalimah yg lebih sesuai utk diucapkan kepada umat yahudi melainkan ...laknat Allah keatas mereka. berasaskan prinsip keimanan bahwa tiada umat yg lebih layak mentadbir dunia ini melainkan yahudi dan tiada umat yg lebih suci melainkan umat yahudi maka umat lain adalah halal darahnya bg mereka... umat Islam dibunuh dengan kejam tanpa berperi kemanusian.

Noktah paling penting ialah..umat Islam semakin lalai.jika kita fikirkan...dgn keluasan sekangkang kera, yahudi boleh melancarkan perang keatas umat Islam lubnan dan palestin...padahal di sekelilingnya
adalah negara umat Islam.

Liga Arab...hanyalah sebuah perhimpuan utk berpidato...

kelmarin kita menerima satu lagi berita tentang kezaliman yahudi. Hampir seluruh dunia semalam mengecam serangan udara Israel yang membunuh 52 orang, termasuk 37 kanak-kanak di Qana, selatan Lubnan.

sekarang mari kita bertanya diri kita sendiri... apakah bantuan yg boleh kita salurkan utk mereka di sana?...kita tiada kudrat utk menolong mereka di sana..yg ada hanyalah doa ...tetapi benarkah kita sentiasa berdoa utk mereka....jika dgn bantuan yg terlalu ringan ini pun kita tidak mampu salurkan, maka sememangnya kita tidak merasai derita yg ditanggung oleh umat islam disana.dlm erti kata yg lain...kita tidak lagi mencintai saudara kita di sana...

Allahummansurna mujahidin fi kulli makan...aminn.

ini bukanlah gambar di lubnan atau palestin...tapi ni gambar sebelah umah aku...sekarang pemaju2 kenitra tgh gila nak bina apartment. projek dibelakang umah pun tak siap lagi...tambah ditepi pula...kalo di lubnan bunyi bising letupan bom...manakala kami disini alhamdulillah hanya bunyi bising mesin.

wassalam







Friday, 21-Jul-2006 16:56 Email | Share | | Bookmark
kenal2 kitab hadis.

boleh baca tak?
gambar keseluruhan.
inilah tajuknya..
bismillah.

assalamualikum.

lama dah kita lalai.hari ni kita berkenalan dgn satu kitab dan penulisnya.budak casa,mohammadiah,tetouan dll sila ambil perhatian.

buku ini diberi nama 'mengenali golongan tabi'in (selepas sahabat) daripada mereka yg dipercayai atau thiqoh bg ibn hibban'.

kitab ini telah di ringkaskan oleh imam shamsuddin azzahabi dan ditahqiqkan oleh ato' ullah bin abdul ghaffar abu mu ti' al sundi.

siapakah ibn hibban?.

nama beliau al hafidz mohd bin hibban bin ahmad bin hibban bin muadz bin ma'bad bin sa'id.(abu hatim atamimi albusti).

tiada catitan yg tepat tentang tarikh kelahiran beliau.tetapi mengikut beberapa pendapat beliau dilahirkan pada tahun 270 hijrah.sejak kecil beliau telah menuntut ilmu sehingga ke khurasan, iraq, mesir, sham, dan algeria palestin dan banyak lagi.

seperti yg tercatit di dlm kitab sohihnya, bahawa beliau telah menuntut ilmu hampir 2000 org guru (sheikh).berapa guru kita?

terlalu banyak pujian yg diberikan kepada ibn hibban oleh ulama² pada zamannya diatas kehebatan ilmu beliau,hafazan,kecerdikan dan tahap kepercayaannya.(thiqoh).semua ini boleh di dapati di dlm kitab az zahabi ( mizan i'tidal).

beliau adalah salah seorang ulama hadis.beliau mempunyai kita musnad sohih.diantara kitab yg famous ialah almajruhin,athiqot,mashahir ulama'al amsor.

ibn hibban wafat pada tahun 354 hijrah.

jika ade kesilapan fakta minta diperbetulkan.

satu persoalan.adakah ibn hibban ini digolongkan sebagai mereka yg melonggarkan syarat di dlm bab tauthiq?

wassalam







Wednesday, 19-Jul-2006 03:09 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 di Oudayyas

Macam Kota Troy...
 
Oudayya di Rabat..
bismillah..

assalamualikum..

tak de projek besar....niaga kasut tak de untung.....hari ni kita niaga poskad pulak....

kota Oudayyas di Rabat....

wassalam.

[



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net