|
|
| Monday, 13-Feb-2006 04:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila kita alpa....
|
 |
|
tak ku tahu asalnya...
|
|
 |
|
Tepi balai polis kenitra....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Feb-2006 02:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
مباحث في علم الجرح والتعديل
|
|
Bismillah...
Assalamualikum...
sebelum kita pergi jauh...maka eloklah kita tahu akan definisi bg ilmu jarh wa ta'dil.....
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman Al-Mu’allimi Al-Yamani rahimahullah mengatakan bahwa ilmu al-jarh wat ta'dil ialah ilmu yang mempelajari tentang al-jarh dan at-ta’dil terhadap seorang rawi melalui lafadz-lafadz penilaian yang tertentu, sekaligus untuk mengetahui tingkatan lafadz-lafadz tersebut.1
Kritikan yang dilakukan para pakar ilmu hadis terhadap suatu hadis berkaitan dengan dua hal penting, yaitu berkaitan dengan para rawi (yang menyampaikan) hadis dan matan hadis tersebut. Sehingga dari sini, jika kriteria rawi tidak sesuai dengan yang diharapkan maka riwayatnya ditolak. Begitu pula jika matan hadis itu sendiri menimbulkan sesuatu yang diragukan untuk diterima, inipun ditolak2. Mereka mengatakan: “sohhihnya isnad (mata rantai periwayatan suatu hadis) belum tentu sohih matannya .” (Manhajun Naqdi ‘indal Muhadditsin hal 20-21).
ok kita masuk...
ianya adalah sebuah kitab yg membincangkankn tentang ilmu jarh wa ta'dil yg disusun oleh Qosim Ali Sa'd.Kitab ini meringkaskan beberapa tajuk yg penting dan membincangkan apa yg menyentuh kehendak tajuk.bagi memelihara kitab ميزان الاعتدال في نقد الرجال للحافظ الذهبي
kitab ini dimulai dgn muqaddimah dan perbincangan yg dibahagikan kepada tiga fasal.
Muqaddimah.
meliputi penerangan bg kepentingan ilmu jarh wa ta'dil dan keistimewaan bg umat Muhammad SAW.ia juga menerangkan sebab² dimestikan (menuntut) ulama² utk mengkaji tentang keadaan perawi² dan membezakan kedudukannya (darajatnya).diakhir muqadimahnya menceritakan sejarah permulaan tajrih dan penyiasatan tentang rijal.
Fasal 1.
1.menyebut tentang tartib bg lafaz Jarh Wa Ta'dil dan hukumnya.
2.membincangkan (muncul) kepentingan bg mengetahui datangnya pendapat² ahli jarh wa ta'dil dan kemestian bg perpindahan lafaz² mereka secara keseluruhnya.
3.menyebut usul lafaz² dari tarajim mizan al i'tidal.
4.akhirnya ,menghimpunkan banyak drpd lafaz² dan isyarat² ulama di dlm jarh wa ta'dil dan dibawa bersama makna² dan maqosid²nya.ianya tidak difahami kecuali bersama syarah dan tafsirnya.
Fasal 2.
pembahagian bg mereka yg bercakap tentang rijal.dibahgikan pula kepada tiga bahagian.
1.golongan yg shadid (ketat) dan susah.seperti...abu Hatim Ar Rozi.
2.golongan yg Mudah dan bertasammuh.seperti....at Tarmizi.
3.golongan pertengahan (mu'tadil).seperti....ahmad b.Hanbal, Bukhari.
fasal 3.
syarat² bg org yg menjarah dan org yg menta'dil dan adab² keduanya.
kitab ini pada asalnya ialah risalah magisternya.dibawah tajuk...
منهج الذهبي وموارده في كتابه ميزان الاعتدال في نقد الرجال.
nyatakan ayat quran yg menjadi dalil yg menuntut kita menyiasatan ke atas berita yg diterima....secara tak langsung menjadi dalil bg harusnya wujud ilmu jarh wa ta'dil ini..?
wallahuallam.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Feb-2006 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bola punya kes..
|
 |
|
kurang2 lega sikit kaki ni...
|
|
|
asslamualaikum...
pagi tadi main bola ngan sakaniah team.....dah tahu kaki sakit gatal2 pegi main juga.Malam baru terasa akan tarikan urat seperti guitar karan.........nasib baik ade minyak angin ini.
Moralnya....walaupun anda tinggal di luar negara ......jangan sesekali melupakan minyak angin tradisi kita.
tunggu khalid dari tetoun tolong urut kaki star ni...heheh
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Feb-2006 15:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ibnu Majah Rahimahullah..
|
 |
|
di petang khamis...
|
|
|
bismillah...
Asslamualikum..
hari ini kita selesaikan ....ulama hadis yg berbaki lagi satu ..iaitu Ibn Majah Rahimahullah.
nama beliau ialah Abu Abdullah b.Yazid b.Majah Arroba'i Al qozwini.dilahirkan pada tahun 209 hijrah.beliau menuntut ilmu sehingga ke iraq, hijaz, syam, mesir, kufah, dan basrah.beliau juga banyak mendengar hadis darpada ulama² yg mashyur ketika itu seperti Abi Bakr b.Abi Syaibah, Mohd b.Abdullah b.Namir, Azhar b. Marwan dan banyak lagi.
Diatas ketinggian ilmu Ibnu Majah maka ramalah drpad ulama² yg memuji beliau dgn pujian yg setimpal dgn tahap ilmunya.diantaranya ialah pujian Abi Ya'la keatsnya dgn menyifatkan beliau sebagai seorang yg thiqoh kabir ( yg sangat dipercayai ) dan seorang yg alim didlm bidang ini.
diantara muridna yg terkenal ialah Ibn sibawih, Mohd b.Isa Assoffar, Ishaq b. Mohd Ahmad b.Rawh Al Baghdadi dan ramai lagi.akhirnya beliau wafat pada hari isnin dan dikebumikan pada hari selasa di dlm
bulan Ramadhan pada tahun 273 hijrah.
diantara peninggalan beliau....
1.كتلب السنن
2.تفسير حافل للقراءن-كما قال ابن كثير
3.تاريخ أرخ فيه من عصر الصحابة -رضوان الله عليهم -الى عصره
jumalah hadis yg terdapat didlm sunan ibn Majah ialah 4341.manakala 3002 ada dikeluarkan oleh khutub khamsah dan selebihnya 1339 adalah penambahan darinya.
wallahuallam...
insyallah esok boleh kita masuk kitab lain.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Feb-2006 03:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kami masih sejuk....
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Feb-2006 02:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
An NAsai
|
|
Bismillah..
assalamualikum..
hari ni kita masukkan lagi satu ulama' hadis....iaitu Imam An Nasai.
nama beliau ialah Abu Abdurahman Ahmad b.Ali b;Syuib b. Bahr b.sinan b.Dinar An NAsai.beliau dilahirkan di Nasa dlm ngr khurasan pada tahun 215 hijrah.diantara tempat rehlah beliau di dlm menuntut ilmu ialah hijaz, iraq, syam, mesir dan jazirah.
diantara sheikh beliau yg mashur ilah Qutaibah b Said .ketika itu beliau berusia 15 tahun.beliau telah bersamanya selama setahun dua bulan.Diatas kesungguhannya di dlm menuntut ilmu, sehingga beliau tidak berpisah dgn gurunya kecuali utk tidur dan makan ataupun utk menunaikan hajat kehidupan yg lain.selain itu beliau juga mendengar hadis dari ulama² yg masyhur yg lain,antaranya Imam Abu Daud dan Imam Tarmizi.diantara muridnya ialah Abu Qasim At tabrani dan Abu jaafar Attohawi.
beliau seorang yg taat dan patuh di dlm agama.serta banyak beribadat sehingga dikatakan beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari (selang sehari).beliau juga seorang yg berani di dlm berjihad.beliau pernah menyertai umat islam bersama amir mesir di dlm peperangan.
di dlm bab pengakuan ulama'² keatasnya:berkata Abu ALi An naisaburi : ( An Nasai) syarat yg di letakkan di dlm bab rijal lebih ketat daripada syarat Imam Muslim dan beliau adalah ulamaé org muslim.
berkata An NAisaburi : beliau adalah imam di dlm hadis dan tiada tolok bandingannya.
telah berkata Ad Darqatani: beliau telah keluar ke haji kemudian ujian menimpa beliau di damsyik.maka berkata An Nasai:bawalah aku ke mekah.maka beliau telah dibawa ke mekah dan wafat di sana.beliau telah ditanam di antara safa' dan marwah iaitu pada bulan sya'ban di dlm tahun 303 hijrah.rahimahullah.
peninggalan beliau...
1.السنن الكبرى
2.السنن الصغرى
3.الخصائص
4.فضائل الصحابة
5.المناسك
soalannya ialah..yg manakah satu yg dinamakan....المجتبي من السنن?
wallahuallam..
disumbang oleh pejal....dan ditashih,takhrij,tahqiq,tahlil,tadris,tabwib dan ntah apa tah lagi.... oleh aku sendiri...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Feb-2006 04:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
syarahnya....
|
 |
|
bila sudah nasib...
|
|
 |
|
pembedahan plastik...
|
|
|
Bismillah..
asslamualikum..
seperti yg dijanjikan....maka ana datangkan syarah² bg sohih muslim....
minta maaf ....baki lagi dua ulama iaitu imam nasai dan juga imam ibnu majah akan ana masukkan esok...hari ini tak leh...sakit gigi...erk...
1.تفسير غريب الصححين) لـ الحميدي )
2.المفهم في شرح غريب مسلم) -عبد الغافر بن إسماعيل )
3.الإيجاز والبيان) لـ ابن الحاج )
4.شرح الحافظ إسماعيل بن محمد الأصفهاني
5.المعلم في فوائد مسلم) لـ المزاني )
6.إكمال المعلم )ألقاضي عياض اليحصبي )
7.شرح عمادالدين - عبدالرحمن بن عبدالعالي المصري
8.صيانة صحيح مسلم) لـ عثمان بن عبدالرحمن الشهرزوري )
9.المفصح المفهم) لـ محمد بن يحيى الأنصاري )
10.شرح أبي المظفر - يوسف بن قز أوغلي - سبط ابن الجوزي )
المفهم لما أشكال من تلخيص كتاب مسلم) لـ أحمد بن عمر بن إبرهيم القرطبي .11)
12.منهاج المحدثين )للنووي )
13.شرح كتاب مختصر صحيح مسلم) للحافظ المنذري )
14.إكمال الإكمال )عيسى بن مسعود الزواوي )
15.فتح الملهم) لـ الدبوبندي )
16.شرح ابن مهندس) عبدالله بن محمد الصالحي الحنفي )
شرح محمد بن محمود البابرتي.17
18.شرح الشيخ شمس الدين محمد بن يوسف القونوي
19.شرح زوائد مسلم على البخاري )لسراج الدين عمر بن على بن الملقن الشافعي )
20.إكمال إكمال المعلم )لـ عبدالله بن محمد بن خلف الشناني )
فضل المنعم) لـ ابن عطاء الله الرازي 21 )
شرح تقي الدين أبي بكر بن محمد الحصني 22
23.تحفة المنجد والمتهم )مجهول المؤلف )
24.مكمل إكمال الإكمال )محمد بن يوسف السنوسي )
25.غنية المحتاج) لـ السخاوي )
26.الديباج )لـ السيوطي )
27.منهاج الإبتهاج )لـ العسقلاني)
28.شرح خطبة مسلم بن الحجاج )القسطلاني )
29.شرح القاضي زكريا بن محمد الأنصاري
30.ختم صحيح مسلم )عبد القدير النادمي )
31.بغية القارئ والمتفهم) السنباطي )
32.شرح شهاب الدين أحمد بن عبدالحق
33.شرح صحيح مسلم )لـ إبرهيم بن محمد العجمي الحلبي )
34.شرح مولانا على القاري الهروي
35.شرح صحيح مسلم )لـ المناوي )
36.حاشية السندي
37.عناية المنعم )لـ عبدالله بن محمد يوسف أفندي زاده حلمي )
38.حاشيه شرح مسلم )لـ علي بن أحمد السعيدس )
39.وشي الديباج لـ الدمنتي البجعموي
40.السراج الوهاج لـ صديق حسن خانWallahuallam...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Feb-2006 05:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MEncari-cari....
|
 |
|
top speed...
|
|
|
BIsmillah...
asslamualikum..
mintak maaf semuanya....ni aku nak mintak maaf bebanyak la.disebabkan kejahilan diri ini..maka banyak benda yg aku tak tahu....;sehingga ade juga beberapa benda yg masih aku samar²....minta maaf bebanyak..
rasanya guna ANA elok sikit kot.
pertama sekali bab tarikh wafat Imam ibnu taimiyyah...mula² sekali akh fezal berasa keliru akan tarikh wafat ibnu taimiyyah iaitu samada 724/728 hijrah.kemudian ana mengeluarkan jawapan daripada apa yg ana tahu dengan mengatakan bahawa tarikh wafat ibnu taimiyyah 728 hijrah.kemudian datang pula
al fadhil sufiboyz mengatakan bahawa tarikh wafat ibnu taimiyyah 724 hijrah..sekarang ana sendiri tak tahu dimana khilaf sebenar tarikh wafat ibnu taimiyyah.tetapi bukti yg boleh ana pegang ialah seperti mana yg tertulis di dlm kitab NAZORIATUL MAQOSSID disisi Imam syatibi.di dlm muka surat 54 ade
menyatakan bahawa tarikh wafat beliau ialah 728 hijrah.ana berharap sangat jika ade dari sumber lain yg boleh kita berkongsi bersama berkenaan tarikh wafat beliau.....lebih² lagi jika ade yg mengatakan tarikh wafat beliau 724 hijrah..
bab kedua pula ialah tentang wafatnya Rasuullah SAW.Pertama sekali ana nak mintak jasa baik Al fadhil sufiboyz menyatakan pengarang bg kitab sirah tersebut.disebabkan kurangnya pengetahuan ana tentang kitab² sirah ni.bukan saja kitab sirah bahkan banyak lagi kitab² yg ana sendiri tak tahu.kalo boleh dinyatakan maktabah mana ianya ditobo'.mintak maaf al fadhil sufiboyz.....ana ni jahil lagi.
ini adalah kerana ade beberapa peristiwa didlm terjemahan tersebut yg bertentangan dgn apa yg ana tahu.....tak banyak pun yg ana tahu....tapi sedikit sebanyak telah mengelirukan ana.contohnya...
(COPY dr AL FADHIL SUFIBOYZ)
(Dengan keadaan demikian itulah solat Subuh diteruskan, di mana Rasulullah yang dalam sakit tenat menjadi Imam, sekali pun berdirinya didirikan, ruku'nya diruku'kan. Begitu juga duduk dan sujudnya)
seperti yg ana tahu nabi muhammad SAW solat dlm keadaan duduk diakhir hayat baginda berdasarkan hadis didlm bab صلاة الإمام وهو جالس (muwatto malik) di dlm bab ini ada hadis yg diriwayatkan oleh malik...
وحدثني عن مالك ,عن هشام بن عروة, عن أبيه: أن رسول الله ص خرج في مرضه, فأتى فوجد أبا بكر وهو يصلي بالناس, فاستأخر أبو بكر, فأشار اليه رسول الله ص أن كما أنت فجلس رسول الله ص إلى جنب أبي بكر,فكان أبو بكر يصلي بصلاة رسول الله ص وهو جالس, وكان الناس يصلون بصلاة أبي بكر
dari kefahaman ana tentang hadis ini ialah rasullullah SAW solat secara duduk.manakala abu bakar yg berdiri utk menjadi ikutan bg makmum dibelakang.sedangkan abu bakar mengikut akan solat nabi yg sedang duduk.apa yg disyarahkan oleh zarqani bahawa keadaan ini berlaku adalah utk mengisyaratkan kepada makmun dibelakang apa yg dilakukan oleh Rasullullah SAW kerana disebabkan lemahnya suara Rasullah ketika itu.maka perantaraanya ialah abu bakar..wallahuallam.
kompius ana yg seterusnya ialah berkenaan penggunaan waktu didlm riwayat tersebut seperti yg dinyatakan...
(COPY dr AL FADHIL SUFIBOYZ)
(Tetapi apa yang terjadi, Kira-kira jam 8:00 pagi, tersiarla bahawa Rasulullah s.a.w. sudah wafat, pulang menemui Ar-Rafiiqul A'laa. Inna Lillaahi Wa Inna Ilaihi Raji'uun. )
disini dinyatakan waktu yg hampir tepat iaitu jam 8.00.jadinya satu kekeliruan kepada ana di dlm penggunaan waktu di zaman nabi.sebabnya kita sedia maklum bahawa ketika itu masih belum ade sistem sedemikian.....wallahuallam.
satu lagi kompius ialah perkataan (seminit)....
(COPY dr AL FADHIL SUFIBOYZ)
(seminit sebelum meninggal, baginda berbisik ke telinga Ali bin Abi thalib.)
disini juga ade menyatakan waktu seminit secara hampir tepat.tapi mungkin kesilapan bukan berlaku pada kitab tetapi pada terjemahannya.kerana daqiqah di dlm bahasa arab boleh jadi membawa maksud seminit dan ade kalanya membawa maksud sejenak,sebentar,moment...menunjukkan waktu yg pendek.jadi ana berharap penjelasan dari korang semua diatas kejahilan ana ini.banyak benda
yg perlu ana ketahui.
berkenaan dgn takhrij UMMATI memang belum dapat diketemui...sekarang mari kita cari dlm kitab² hadis dhoif atau pun maudu'
wallhuallam...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Feb-2006 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tambahan lagi dua.....
|
|
Imam Tarmidzi.
nama beliau Mohammad b.Isa b.Saurah b.Musa b.Addohhak - Abu Isa - Assulamiyyu Al Dorir, Al Bughiyyit Tarmidzii.Nurdin iTir menegaskan bahawa belum dapat dijelaskan oleh ahli sejarah tentang tahun kelahiran beliau.tetapi yg jelas disisi kita ialah beliau lahir pada tahun 209 hijrah sepertimana yg disebut oleh sebilangan ahli sejarah.
mengenai permulaan Imam tarmizi menuntut ilmu juga tidak dapat diperincikan oleh ahli sejarah.tetapi dlm rehlahnya beliau pergi ke Iraq dan mendengar hadis disana kemudian ke Hijaz.Nampaknya rehlah Imam Tarmidzi ke Iraq tdk beliau singgah ke baghdad bahkan terus ke Basrah ,kufah dan selain dari keduanya.sebab itulah ianya tidak tercatit di dlm kitab Tarikh Baghdadi oleh Khatib Baghdadi.
Imam Tarmizi sempat berguru dgn Imam Bukhari seperti mana kalam Ibnu Solah assofdi "telah mengambil hadis (imam tarmizi) dari Abi Abdullah Bukhari".tempat perujumpaan mereka ialah di naisaburi.ketika itu Imam BUkhari menetap di naisaburi selama 5 tahun dari (250 - 255 hijrah).
beliau wafat pada malam Isnin dlm Bulan rejab tahun 279 hijrah.selepas mengalami penyakit bUta di akhir hayat beliau.
Imam Abu Daud.
nama beliau ialah Sulaiman b. Al Ash'ath b.Ishaq b.Bashir b. Shaddad b. Amir b. Al Azdii Al Sijastanii.kebanyakan ahli sejarah berpendapat beliau lahir pada tahu 202 hijrah, tanpa ditetapkan hari,bulan dan negara kelahiran.manakala kisah² rehlah Imam Abu DAud ada dijelaskan di dalam kitab Tarikh baghdadi dan juga kitab bidayah wa nihayah oleh ibnu kathir.
diantara pujian ulama² keatasnya ada yg menyifatkan beliau menyerupainya syeikhnya iaitu Imam Ahmad b . Hanbal seperti kalam Ibnu jawzi dan Az Zahabi iaitu dari sudut kefaqihannya di dlm Ilmu Illal hadis, fiqh,bersifat wara' dan sebgainya.
Imam ABu Daud Wafat pada bulan syawal iaitu pada tahun 275 hijrah di basrah.beliau telah ditanam disisi kubur Sufyan At Thuri. radiyallahuanhuma.
antara pen'syarah'² bagi sunan abi Daud.
1.(الامام( ابو سليمان- أحمد بن ابراهيم بن خطاب البستي) المتوفى سنة 388 هـ شرحه( معالم السنن
2. شرح الشيخ( قطب الدين- ابو بكر اليمني الشافعي) المتوفى سنة 653 هـ
3. (شرح العلامة( سراج الدين- عمر بن علي الملقن
4.شرح الشيخ( ولي الدين- احمد بن عبدالرحيم العراقي) المتوفى سنة 826 هـ وهذا الشرح غير المكتمل
5.شرح العلامة ( بدرالدين- محمود بن أحمد العيني) الحنفي المتوفى سنة 855 هـ
6.(شرح الشيخ( السيوطي) و سماه (مرقاة الصعود الى سنن أبي دأود
7.شرح الشيخ (ابو الحسن السندي المدني) المتوفى سنة 1138 هـ
8,شرح الشيخ (شرف الحق- الشهير بـ: محمد اشرف بن علي حيدر الصديقي) المتوفى في القرن الرابع عشر الهجري وسماه (عون المعبود على سنن أبي داود .
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Feb-2006 03:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A IMMATUL HADIS...
|
 |
|
Kaedahnya...
|
|
|
Bismillah...
assalamaualaikum...
hari ini kita tambah lagi satu kitab....tajuk kitab kita kali ini ialah ULAMA² HADIS.kitab ini memperkenalkan kita dengan ulama² hadis yg terkenal.mereka adalah ashab kepada kutub sittah...iaitu Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Tarmizi,Imam Abu Daud,An Nasai dan Ibnu Majah.
kitab ini menceritakan Riwayat hidup bg ke enam² imam tersebut.banyak aspek yg disentuh.bermula daripda nama,tahun kelahiran,tempat,sheikh²nya,murid²nya,rehlah dlm menuntut Ilmu,pujian ulama² keatasnya,kejuhudan (kesungguhan) karangan²,tarikh wafat dan banyak lagi.kitab ini memang sesuai bagi mereka yg hendak mengenali ulama² hadis.ianya juga dapat meniupkan semangat kita dlm menuntut ilmu apabila kita mengetahui kesungguhan mereka di dlm pencarian Ilmu.
setelah difikirkan ada baiknya aku taruh serba ringkas riwayat hidup ulama² hadis ini.maka adalah lebih baik kita mulakan dengan ulama' yg mendapat gelaran amirul mu'minin di dlm ilmu hadis iaitu Imam Bukhari rahimahullah.
IMAM BUKHARI.
nama beliau ialah Mohammad b. Ismail b.Ibrahim b. Mughirah b.Bardizbah.Imam Bukhari dilahirkan pada tahun 193 hijrah.Imam Bukhari telah dikurniakan oleh Allah ingatan yg kuat.seperti mana yg dikatakan oleh Mohd bin Hamdawaih " aku mendengar Bukhari berkata" "aku menghafal 100,000 hadis sohih dan aku juga menghafaz 200,000 hadis tak sohih.Imam Bukhari telah memilih nama bg kitab sohihnya iaitu الجميع الصحيح المسند من حديث رسول الله (ص) وسنته وأيامه
Imam Bukhari berkata: tidak aku meletakkan di dalam kitab sohih ini satu hadis pun kecuali aku mandi terlebih dahulu sebelum itu dan aku bersolat dua rakaat.di dlm kejuhudan Imam Bukhari beliau telah berjaya menghimpunkan sebanyak 600,000 hadis di dalam masa 16 tahun.
Imam Bukhari wafat pada tahun 256 hijrah di malam aidilfitri keika berusia 62 tahun.
IMAM MUSLIM
nama beliau Muslim b.Hjjjaj b.Muslim.ward.karshan (naisaburi).dilahirkan pada tahun 206 hijrah di dlm pemerintahan khlaifah ma'mun.Imam Muslim banyak berehlah di dlm pencarian dan penambahan hadis (iraq,hijjaz,syam dan mesir).
Imam muslim juga pernah berjumpa dgn Imam Bukhari ketika beliau berusia 40 tahun.imam muslim kembali kerahmatullah pada tahun 261 hijrah di dlm bulan rejab pada hari ahad dan dikebumikan di naisaburi pada hari isnin.
karangan beliau yg ade disisi kita sekarang..
1.(الكتاب الصحيح المشهور بـ( صحيح مسلم
2.المنفردات الوحدان
3.الكني ولأسمأ
4.التمييز
5.(رجال (عروة بن زبير
6.الطباقات
jumlah hadis sohih muslim mengikut perkiraan almarhum Mohammad Fuad Al Baqi ( 5 jilid ) bilangannya sampai (3033) hadis dgn menggugurkan apa yg berulang pada matannya dan berbilang sanadnya.terdapat hampir 41 satu syarah bagi kitab sohih muslim.
rasanya cukup dua org dulu.karang kita sambung lagi yg berbaki enam org.....
soalannya ialah. 1.sapa boleh bagitahu....karangan² imam bukhari selain jami' sohihnya..?
2.sapa boleh bagitahu....syarah² bagi kitab sohih muslim?.
wallahuallam...
|
|
|
|