Want your
own Fotopage?









 
mysery's FotoPage

By: mysery seri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 2-Feb-2006 06:38 Email | Share | | Bookmark
Senyum seindah suria, tangisan membawa cahaya.

our muallim...
 
tetap indah..





Bismillah..

assalamualikum..

hari ini kita letak artikel satu......pastu nanti sambung balik kitab kita..


artikel ni pernah dimasukkan ke dalam majalah al qolam....aku pun tak ingat secara tepat bila aku menulis artikel ini.kalo ade sapa² nak tashihkan lagi....dijemput...

Kita selalu menyatakan bahawa kita menyintai Rasulallah SAW.Adakah kita benar-benar menyintainya ataupun sekadar lafaz di mulut? sedangkan banyak dari sirah2nya yg kita sendiri tidak ketahui apatah lagi untuk mempratikannya di dalam kehidupan kita seharian.tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa kebanyakan masyarakat Islam hari ini hanya mengenali Rasulallah SAW pada namanya saja serta beberapa tugas2 kebiasaan bagi seorang nabi.

Banyak dari hadis2 Rasulallah SAW yang menceritakan dan memberi peringatan kepada umatnya.Disini menunjukkan kasihnya Rasullah SAW kepada kita sebagai ummatnya.Sehingga diakhir hayat baginda perkataan ummati* sentiasa disebut menandakan kasihnya seorang rasul yg amin terhadap umatnya.Tetapi sejauh manakah cinta kita terhadap baginda?.

Rasulullah saw adalah manusia paling kita cintai.Rasa cinta kita terhadap Rasulallah saw adalah tidak cukup jika kita lahirkan dgn kata2 dan sambutan yg berbagai cara.Tetapi sewajarnya dilahirkan dgn meniru jejak langkahnya,terutama sifat-sifat peribadi yg mulia.

Disini dapatlah saya paparkan dua sifat rasulullah saw(hadis) yg dipetik dr kitab SYAMAIL MUHAMMADIYAH karangan Imam Tarmidzi.Sifat yg pertama ialah bab pada sifat ketawa Rasulallah SAW manakala sifat yg kedua ialah bab pada sifat tangisan Rasulullah SAW.

1.sifat ketawa Rasulullah SAW.

A.Daripada Jabir bin Samrah radiallahu'anhu telah berkata :"adalah betis Rasulullah SAW itu kecil(cantik) dan adalah Rasulullah saw tidak ketawa kecuali tersenyum,apabila aku memandang kepadanya,aku berkata "betapa hitam matanya padahal tidak dihitami".

b)Daripada Abdullah bin Harith bin Jazin radiallahu'anhu,sesungguhnya telah berkata "aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulallah SAW.

c)Daripada Abdullah bin Harith radiallahu'anhu telah berkata:"tidak adalah ketawa Rasulallah saw kecuali tersenyum".

d)Daripada Jarir bin Abdillah radiallahu'anhu telah berkata:"Rasulallah saw tidak menghaalangiku (sejak aku masuk islam) dan tidak memandangkan melainkan sambil tersenyum".

e)Begitu juga didalam hadis yang panjang,diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud radiallah'anhu telah berkata diakhir hadis tersebut ...seseunguhnya aku telah melihat Rasulullah saw ketawa sehingga ternampak gigi gerhamnya.

2. sifat tangisan Rasuluallah saw.

a)Daripada Mutarrif iaitu Ibn Abdulalh bin Shikhair dari ayahnya telah berkata:"aku menemui Rasulullah saw tatkala baginda sedang bersolat dan dirongga mulutnya ada bunyi seperti air yang mendidih,disebabkan tangisan.

b)Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud berkata Rasulullah saw telah bersabda kepada aku, "bacakanlah (Al Quran) kepadaku" wahai Rasulullah SAW mana mungkin aku membacakannya kepada kamu,sedangkan ke atas mu Al Quran diturunkan".sabda Rasulullah saw "sesungguhnya aku ingin mendengarkannya dari selain daku".maka aku membaca surah An Nisa sehingga ayat (..dan kami bawakanmu sebagai saksi atas mereka itu)ayat 41.berkata Abdullah,"maka aku lihat kedua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata.

c) Daripada Ibnu Abbas : Rasulullah SAW memangku seorang anak perempuan yang sakit tenat kemudian dipeluknya dan diletakkan dihadapanya,meninggal dunia anak perempuan itu dihadapanya,tiba-tiba ummu Aiman menangis dengan kuat, maka Rasullah saw bersabda "mengapa kamu menangis disisi Rasullullah.ummu Aiman berkata/menjawab "bukankah aku juga melihat kamu menangis".Sesungguhnya tangisan Rasullulah hanyalah rahmat .sesungguhnya seorang yg beriman itu akan tetap di dalam kebaikan biar dalam apapun keadaan.Sesungguhnya nyawanya(orang yang beriman) dicabut di dalam dirinya,ketika itu ia memuji Allah.

d)Daripada Aisyah Radiallahhuanha sesungguhnya Rasullahlah saw mencium Usman bin Maz'un ketika ia wafat,ketika itu rasullullah SAW sedang menangis.


Itulah paparan,dua sifat Rasullulah saw yang sentiasa bersederhana di dalam apa jua keadaan.Bagaimana ketawanya dan bagaimana tangisannya.Itulah contoh terbaik yg perlu kita pratikkan di dalam kehidupan seharian.Sesetengah daripada kita sentiasa bermasam muka didalam banyak keadaan, padahal Rasullullah saw sentiasa tersenyum seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdillah.Jika diukur tanggungjawab Rasullullah saw terlalu berat jika hendak dibandingkan dengan kita,akan tetapi Rasullullah saw masih mampu menguntum senyuman terhadap sahabat-sahabatnya.Begitu juga tangisan Rasullullah saw yang tidak keterlaluan malahan tangisannya adalah rahmat.sehingga ada hadis yang mana Rasullullah saw yang melarang berlebihan di dalam tangisan(ke atas mayat) dari Ibnu Mas'ud radiallahu'anhu berkata"telah bersabda Rasullullah saw bukanlah dikalangan kami sesiapa yang memukul-mukul pipi dan mencarit-carik kocet dan BERTERIAK DENGAN TERIAKAN JAHILIYAH.(riyadussolihin)Rasullulah saw adalah pemimpin yang agung.segala tindak tanduknya adalah berpandukan wahyu daripada Allah swt.Sewajarnya bagi kita umatnya mengikut jejak langkahnya di dalam kehidupan seharian sebagai tanda cinta kita terhadap baginda.Marilah kita bertanya pada diri kita sendiri adakah kita benar-benar menyintai baginda?.



* sapa boleh takhrij hadis diakhir hayat nabi.....asyik menyebut ummati..?
(perenggan kedua)...syukran.


wallahuallam...

Petikan daripada buku "Syadzaraatil Balaatiin Min Thayyibaati Kalimaati Salafinash Shaalihiin"

Diterangkan dalam sejarah bahawa Rasulullah s.a.w. seminggu sebelum meninggal, penyakit yang baginda derita bertambah berat, sehingga baginda tidak sanggup lagi secara bergilir mendatangi isteri-isteri baginda. Akhirnya baginda tidak sanggup lagi mengimami solat di masjid, sekali pun rumah baginda terletak di samping masjid. Abu Bakarlah yang baginda angkat untuk menggantikan baginda sebagai Imam.

Umat Islam, lebih-lebih lagi para sahabat sudah mulai khuwatir kalau Rasulullah sudah dekat pada ajal baginda. Mereka datang ke kota Madinah, diantaranya ada yang datang dari medan-medan perang, agar mereka dapat mengetahui keadaan Rasulullah yang sebenarnya.

Pagi-pagi hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal di waktu fajar sebagai biasa Bilal azan. Masjid sudah penuh sesak dengan umat Islam yang ingin menunaikan solat Subuh. Akhirnya Bilal berdiri untuk mengucapkan Iqamat. Abu Bakar As-Siddiq sudah maju ke depan untuk menjadi Imam sedang para jamaah sudah berdiri seluruhnya bersaf-saf. Biasanya keadaan tenang setenang-tenangnya, menunggu Imam mengucapkan takbiratul Ihram, tanda solat sudah dimulai.

Tepat di saat itu, Rasulullah keluar dari rumah. Baginda masuk ke dalam masjid dipapah oleh Abbas khadam baginda dan Ali bin Abi Thalib, menantu dan sahabat baginda.

Rasulullah terus menuju ke Mihrab, berdiri atas sajadah Imam. Abu Bakar bergerak ke samping. Rasulullah rupanya mahu menjadi Imam sekali pun dalam keadaan dipapagh oleh Abu Bakar sebelah kanan dan Ali sebelah kiri.

Dengan keadaan demikian itulah solat Subuh diteruskan, di mana Rasulullah yang dalam sakit tenat menjadi Imam, sekali pun berdirinya didirikan, ruku'nya diruku'kan. Begitu juga duduk dan sujudnya.

Selesai solat, Rasulullah langsung minta didirikan di atas mimbar, lalu baginda bersabda atau berkhutbah. Khutbah baginda yang terpendek dan terakhir:

كان يجود نفسه ويقول؛ الصلاة، الصلاة، الصلاة وما ملكت أيمانكم

Ertinya: "Baginda memaksakan diri lalu berkata: Sembahyang, sembahyang, sembahyang dan budak-budakmu".

Kemudian baginda diturunkan dan langsung ke rumah baginda. Umumnya orang banyak bergembira kerana kehadiran Rasulullah dianggap mereka bahawa baginda sudah mulai baik dan bertambah sihat.

Tetapi apa yang terjadi, Kira-kira jam 8:00 pagi, tersiarla bahawa Rasulullah s.a.w. sudah wafat, pulang menemui Ar-Rafiiqul A'laa. Inna Lillaahi Wa Inna Ilaihi Raji'uun.

Menurut beberapa riwayat, seminit sebelum meninggal, baginda berbisik ke telinga Ali bin Abi Thalib. "Ash-Shalaah, Ash-Shalaah, Ash-Shalaah". Ertinya: "Sembahyang, Sembahyang, Sembahyang.

Demikianlah hebatnya kedudukan solat menurut Allah dan Rasul-Nya. Tidaklah patut kalau masih ada orang yang mengaku beriman dengan Allah dan rasul-Nya masih saja mensia-siakan solat atau mengerjakan secara sambil lewa, tidak menurut cara dan aturan yang telah diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya sendiri.

Kami berseru: "Dirikanlah solat, dan betulkanlah solat anda".



Sat 4-Feb-2006 02:35
Posted by:Sufiboyz
Maaf la ustaz kerana ana tidak dapat mencari hadis diakhir hayat nabi.....asyik menyebut ummati..? Apatah lagi untuk mentakhrijkannya...

Pertanyaan ana: Adakah sama @ apakah perbezaan sebutan baginda di akhir hayat antara:
1) Solat
2) Ummati
Sat 4-Feb-2006 02:38
Posted by:Sufiboyz
hadis Usikum bissolati...boleh didapati..
1. Drpd Anas yang dikeluarkan oleh Ahmad, 'Syaikhan',
AnNasai, Ibn Majah, Ibn Saad, alBaihaqi..

2. Drpd Ummu salmah yang dikeluarkan oleh Ahmad,
AnNasai, Ibn Majah, Ibn Saad.

3. Drpd Ka'ab bin Malik yang dikeluarkan oleh Ibn
Saad.

4. Drpd Ali yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan Ibn
Majah.)

wallahuallam..
Sun 5-Feb-2006 06:57
Posted by:seri
View all 4 comments Add comment


Thursday, 2-Feb-2006 01:26 Email | Share | | Bookmark
HUJUMMMMMMMm

 
 
Sebelum...

selepas...


Makan ke Melantak ni? Sat 4-Feb-2006 03:24
Posted by:Sufiboyz
Add comment


Tuesday, 31-Jan-2006 19:55 Email | Share | | Bookmark
صحيح الأحاديث القدسي وشرحها

Bila dah laki ke Dapur...



Bismillah..

Asslamualikum...

dah lama kita bermain.....sejak sebelum pergi salji sampai habis salji...eloklah masukkan sikit² yg berilmiah.

Ditartib,dihimpun dan ditahqiq oleh:Mahmud Bin Jamil.

kitab kita kali ini ialah mengenai hadis Qudsi.disini aku letakkan definasi bg hadis Qudsi:Hadis yang disandarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Allah selain dari al-Quran.atau mudahnya lafaz dari Rasullulah SAW.

Diantara perbezaan hadis Qudsi dan Al quran Ialah....Al Quran diriwayatkan secara mutawatir, manakala hadis Qudsi boleh jadi ianya diriwayatkan secara mutawatir (sikit) dan ada yg diriwayatkan dengan jalan khabar Ahad.dgn ini tdk syak lagi akan kesahihannya kerana ianya diriwayatkan secara mutawatir.adapun hadis Qudsi kesahihannya hendaklah dipersetujui dgn keadaan hal perawinya, bersambung sanad dan sebgainya seperti mana yg telah disyaratkan bg penerimaan hadis sohih.maka keadaan ini berhajat kepada kaedah² ilmu mustolah hadis dan hukum keatasnya pada perkiraan keadaan sanad dari sudut kesahihannya dan kedhoifannya.

di dalam kitab ini menghimpunkan hadis² qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dlm sohih mereka .iaitu kitab yg paling sohih dimuka bumi selepas kitabullah.manakala syarah bagi hadis² qudsi di dalam kitab ini didatangkan daripada kalam Alhafiz Ibnu Hajar As Asqolani di dlm fathul bari dan dari kalam Imam Nawawi di dlm syarahnya keatas sohih Muslim.

hadis² Qudsi juga banyak yg menyentuh soal² atau perkara² akidah.iaitu di dlm bab Asma' wal sifat.maka di dlm keadaan ini didatangkan kalam dari Ibnu Taimiyyah.

buku ini juga meletakkan hadis² pada bab²nya, didlm setiap tajuk yg bersesuaian.kekadang hadis² di dlm buku ini disebut berulang apabila ade penambahan atau berhajat kepada pengulangannya.

maka takat ini dululah....nanti ade tambahan kita taruh lagi..aku ni lemah lagi...harap² bantuan..

tarikh wafat Imam Bukhari..?
tarikh wafat Imam Muslim...?
tarikh wafat Ibn Taimiyyah...?
tarikh wafat Imam Nawawi....?
Tarikh wafat Ibn hajar......?


wallahuallam..







tarikh wafat Imam Bukhari..?
256 H
tarikh wafat Imam Muslim...?
261 H
tarikh wafat Ibn Taimiyyah...?
724 H
tarikh wafat Imam Nawawi....?
676 H
Tarikh wafat Ibn hajar......?
852 H


Sat 4-Feb-2006 02:55
Posted by:Sufiboyz
Mengikut ustaz ana:
1) Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara.
2) Himpun hadis selama 16 tahun
3) Hafal 100 ribu hadis Shahih dan 200 ribu hadis tak Shahih.
4) Himpun 600 ribu hadis.
5) Hanya 6397 masuk Shahih Bukhari mengikut pengiraan Ibn Solah
Sat 4-Feb-2006 02:59
Posted by:Sufiboyz
siapa yg betul ni....724 ataupun 728 hijrah... Sat 4-Feb-2006 04:55
Posted by:seri
View all 7 comments Add comment


Monday, 30-Jan-2006 13:18 Email | Share | | Bookmark
Antara salji dan mengaji.....

Antara salji dan mengaji...

salji!! bila le nak turun kat sini...takde harapan lee... Tue 31-Jan-2006 14:05
Posted by:mummy hariz
Best main salji...jgn berbeduk sudahlah... Wed 1-Feb-2006 05:43
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Saturday, 28-Jan-2006 03:46 Email | Share | | Bookmark
hari yg menghilang....

waktunya menghadap illahi...

sunset picture....nice bro Sun 29-Jan-2006 02:31
Posted by:ais-putih  - [Link]
jaD lah seperti si matahari..mbakar diri demi insan sejagat...!!! Mon 30-Jan-2006 13:18
Posted by:sun
Bro seri....

Yes...yes, berdakwah melalui Photography .
Insyallah.
Wed 12-Jul-2006 07:29
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
Add comment


Friday, 27-Jan-2006 05:17 Email | Share | | Bookmark
kitab Rijal.....

mengapa sahabatku...
 



Bismillah...

asslamualikum..

belek punya belek...jumpa juga satu kitab tentang rijal dikalangan sahabat.buku ni karangan khalid mohd khalid.di dlm buku ini menceritakan tentang sahabat.dari permulaan sehinggalah ke wafatnya termasuklah sumbangan mereka di dalam islam,seperti peperangan yang dituruti..kitab ini memuatkan 60 sahabat yang dipilih.dimulai dgn mus'ab bin umair sehinggalah kepada salim maula abi huzaifah.......ridwanéllah alaihim.

takrif bagi sahabat ialah:Sahabat ialah orang Islam yang sempat bertemu dengan Nabi s.a.w, sama ada pertemuan tersebut dalam jangka masa yang lama atau pendek dan dia mati dalam Islam.

sahabat semuanya u'dul disisi ahli sunnah wal jamaah.....

golongan manakah yang mengkafirkan sahabat....sehingga hanya tujuh belas sahaja sahabat yang mereka ikhtiraf..?

wallahuallam...

Erk .. apsal ngan budak tuh dok temenung? Anak hang ker arr? Wed 15-Feb-2006 19:55
Posted by:Najib  - [Link]
Dear seri...

Terima kasih...banyak juga bab-bab pasal Ilmu Ke-Islaman yang saya pelajari dari Tuan. .

Berdakwah melalui Photography.
Thu 15-Jun-2006 13:31
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
Add comment


Friday, 27-Jan-2006 00:58 Email | Share | | Bookmark
Nanti aku taruh kitab.....

bila daun sudah gugur..


Bismillah..

Aku sudah taruh gambar² kitab yg tertinggal...boleh pi tengok..

wassalam..

Care to comment?


Thursday, 26-Jan-2006 16:18 Email | Share | | Bookmark
Manhajul Naqdi fi ulumil hadis..

Latif our Muallim..
 
 


Bismillah..

assalamualaikum.

virus..virus...jangan serang tak pasal2 .....

exam baru je selelsai semalan.maka ade la sikit lapang2.walaupun aku tahu istidrok menantrti dgn penuh lagaknya.tapi janji tetap janji.

hari ni kita tgk kitab lain pula.nama kitab ni seperti yg aku tertulis kat atas tu.pengarang kitab ini ialah Dr Nurdin 'itir. iaitu ustaz kuliah tafsir dan hadis di dimasq.

dalam muqodimah kitab ini ade menyatakan perbezaan karangannya jika dibandingkan dengan kitab2 lain(sealiran).hampir sepuluh tamyiz yang diberikan.

1.antaranya beliau memperelokkan pembahagian di dlaam sesuatu topik.contohnya bagi yang berkaitan dengan sanad maka diletakan pada tempat berkaitannya.begitu juga pada matan dan juga perkongsian antara sanad dan matan.

2.menitik beratkan pada contoh yang didatangkan.tanpa mengambil jalan mudah dgn memendekkan contoh seperti yang sesetengah ulama dahulu.

3.menitik beratkan juga pada takhrij hadis dan menerangkan hukum keatas hadis2 yang ikhtilaf ( jarh wa ta'dil ).

4.kitab ini juga meletakkan tarikh wafat bagi ulama2.kerana bagi beliau ia sesuatu yang dianggap penting utk dititik beratkan oleh semua pengarang dalam apa jua bidang.

5.diantara kelengkapan lainnya ialah kitab ini mendetailkan pendapat2 ulama yang banyak berkhilaf .dan mentawfiq diantara pendapat yang bertentangan.

6.menolak ketas sesetengah pengarang yang tidak bermuafaqah keatas yang benar.

7.menitik berat ke atas menentang dan menrod pendapat sesetengah orientalis.

8.meliputi pada perbincangan manhaj muhaddisin di dalam kritikan samada dalaman (matan) atau pun luaran (sanad).

9.mengzahirkan pendetailan pelaksanaan org islam bg manhaj kritikan.

10.....?.......tolong isikan.

kitab ini dibahagikan kepada tujuh bab.
1.bab ta'rif am bg ilmu mustolah hadis.
2.pada perawi hadis.
3.pada riwayah hadis.
4.pada ulum hadis dari sudut penerimaan atau penolakan.
5.pada matan.
6.pada sanad.
7.perkongsian antara sanad dan matan.

penutupnya ialah perbincangan dan keputusannya..

perlu ditashihkan.sebab gaya lenggok bahasa penterjemah merapu.

ok selamat menimba ilmu.wallahuallam

malam ni aku usahakan utk dapatkan kabel....utk kita kenal kitab yang mana satu...

very nice Thu 26-Jan-2006 17:37
Posted by:OMAR  - [Link]
Add comment


Sunday, 22-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
marhalah exam...

Qasbah dan Walili...



Bismillah..

taruh gambar je lah....nantilah sambung kitab..exam...exam..exam..


tu gambar kami selepas pulang dari main salji...singgah kat kota tinggalan rom...walilis....

gambar matahari tu aku ambik dari atas kubu lama qosbah...


Lawanya gambar permandangan ya Ustazzzz.... Sungguh kagum sekali ciptaan Alah S.W.T.
Jadi tidak ada sebab untuk kita mengingkari perintahNya. Sungguh banyak nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita. Yang paling utama nikmat Iman dan nikmat Islam. Tak gitu Ustaz?
Sun 22-Jan-2006 19:11
Posted by:Sufiboyz
Dear seri...

Cantik Landscape nih .

Bila exam ?....InsyAllah lulus dengan Cemerlang.
Thu 15-Jun-2006 13:26
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
Add comment


Friday, 20-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pulang dari Rabat..

 



Bismillah..

assalamualikum..

pagi tadi pi rabat buat urusan minhah...balik singgah kedutaan.....pastu balik kenitra.tgh aku sedang rilex..tetiba ade emergency call.....hoiii xem komputer hari ni pukul 4.bala2...mana aku buat persedian lagi.ingatkan ustazah tu pakai markah exam muroqobah.

malam.tido ..baca..esok ade exam tafseer....bitaufiq utk aku dan kengkawan....hari ini aku tak leh nak taruh diskusi kitab....tghlah minggu depan.

berapa aku nak bagi markah utk sufiboyz ni.....asal ade soalan terus jawap.....silap2 aku kena tegur...tapi aku sedia utk ditegur.sebab kita manusia biasa.seperti kata imam malik ( 179 hijrah ) sambil menuding jarinya ke makam Rasulullah saw........sapa tahu lafaz kalam imam malik tersebut.?

jawab2....

wallahuallam.
wassalam

kene baca muwatto kut..hihi.. Sat 21-Jan-2006 04:32
Posted by:ais-putih  - [Link]
kullu annas yu'khazu min kalaamihi wa yurad, illa sohibi hadza alqabr..(setiap manusia diambil kata²nya dan ditolak; kecuali tuan punya kubur ini (Rasulullah S.A.W) Sun 5-Feb-2006 20:10
Posted by:acapes shariff_elmaghribi@yahoo.com
Dear seri.

Nice composition, superb blue sky ( Allahuakbar )...mungkin,mungkin jika saudara cropped sedikit foreground / bottom of the frame...agak-agak 1 inci...akan lebih lebih Ummph.
Sat 10-Jun-2006 02:20
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.