Want your
own Fotopage?









 
mysery's FotoPage

By: mysery seri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Riyadussolihin

taruh ni dulu..sementara tunggu kabel



Bismillah..

assalmualikum..

sebelum aku pi tido...aku taruh kitab ni dulu.kitab ni memang penting.ulama' yg susun kitab ini bukan sembarangan je....bukan aku nak 'alghulu fi ta'zim'.tapi paling kurang menjadikan ikutan buat kita.sebab kalo nak citer juhud dia menuntut ilmu.masyallah.malu diri sendiri bila mengetahui kesungguhan beliau.bayangkan dlm sehari dia belajar hampir 12/13 matapelajaran.sehingga waktu hendak tido pun dia gunakan utk menghafal pelajaran.kita ni.....waktu nak tido duk pi layan tenet.cam aku.

Nama beliau ialah imam abi zakaria yahya bin sharaf an nawawi alsyafi'e.beliau dilahirkan pada tahun 631 hijrah dan wafat pada 676 hijrah.bab pertama dlm kitabnya ialah tentang ikhlas dan menghadirkan niat pd semua amalan zahir atupun sembunyi.nampaknya sudah terjawap kenapa di dlm sohih bukhari di mulakan dgn hadis "innamal a'malu binniyat..."kemudian dituruti dgn bab taubat,sabar...seterusnya.

aku syorkan kita membaca hadis2 yg terdapat di dlm kitab ini...banyak faedah dan benda yg kita tak tahu.tapi jangan lupa rujuk syarahnya.sebab kitab ni taruh hadis saja tanpa syarah.nanti pening bila jumpa ta'rud.ade banyak sayarahnya.

sapa boleh bg tahu salah satu syarahnya.?

gambar kitab kemudian la.....sebab kabel belum sampai lagi ....casablancaaaaaaaaa

Tahniah diucapkan buat ustaz kerana mengadakan satu program sedemikian rupa. Teruskan perjuangan Ustaz untuk membimbing Ummah.
Ana sentiasa menyokong usaha sebegini.
Harap mendapat tunjuk ajar Ustaz.
Thu 19-Jan-2006 20:15
Posted by:Sufiboyz
berapa nak kasi markah ni..?. Fri 20-Jan-2006 03:15
Posted by:seri
aku ingin belajr islam lebih dalam tanpa terlibat aksi teroris Mon 7-Sep-2009 07:15
Posted by:firman fsp_aa@yahoo.co.id
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 18-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
al ba3is....

gambar lama..kabel belum sampai.
Bismillah...

assalamualikum..

nampaknya ade la luang sikit utk aku mencoret² kat sini.Exam aku terhenti utk tempoh satu hari...ya satu hari..maknannya hari jumaat baru start balik.tapi madah fiqh hadis.

kitab kita hari ini ialah....?....(tanya ais_putih).ianya adalah syarah bg kitab ikhtisor ulum hadis oleh al hafiz ibnu kathir wafat pada 774 hijrah .kitab ini juga di tahqiqkan oleh ahmad mohd syakir.

di dlm kitab ini tlh dibahagikan kepada 65 bahgian.dimulai dgn hadis sohih,hassan,dhoif.......sehinggalah ke mengenal ngr (perawi) dan watan mereka.

setakat tu dulu....aku pun tak baca habis lagi pun...pernah belajar sekali ngan ustaz azam masa musim panas dulu..

apa nama penuh kitab ni..?

wallahuallam.

uikssss camner nak letak tulisan jawi mcm comment kat atas ni heh Thu 19-Jan-2006 00:24
Posted by:KNizam  - [Link]
pandai2 belaka..segan aku. Thu 19-Jan-2006 00:45
Posted by:seri
Dear seri....

Saya browse FP saudara dari 1st entry....jika ada suggestion yang menyinggung minta maaf.

Berdakwah melalui Photography : With Islamic Messages.
Sat 10-Jun-2006 02:14
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 17-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pengorbanan....eXam pun begitu.....


ini shot saye surrender..bapa live nyer..hahha.. Wed 18-Jan-2006 15:01
Posted by:ais-putih  - [Link]
Binatang apa tu Ustaz? Himar ke? Nak kata lembu bukan sebab kecil sangat... Sat 21-Jan-2006 18:01
Posted by:Sufiboyz
Add comment


Sunday, 15-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
al bani...rahimahullah..

bangunnnn...esok exam...



bismillah..

assalamualikum..

dah lama tak masukkan diskusi kitab colletion aku...esok aku ade exam.malam ni aku nak letak satu je kitab yg kecil....tapi banyak dari kita yg jahil akan isi kitab tersebut...termasuklah aku.rasanya kita kena perlu sedar....betulkah cara sembahyang kita selama ini.utk kali ini juga aku tak nak persoalkan siapa Al bani rahimahullah...walaupun ade golongan yg menentang beliau....di pendekkan citer beliau wafat pada tahun 1999.

kitabnya jika di terjemah berbunyi..."ringkasan sifat solat nabi MUhammad SAW dari takbir sehingga salam seolah2 kamu melihatnya".panjang juga nama kitab ni.nama penyusun kitab ini ialah mohammad nasiruddin al bani rahimahullah.

perbincangan kitab ini dimulai dgn tajuk menghadap kiblat ketika solat.dan diakhiri dgn doa sebelum salam.buku ini tidak disusun di dlm bentuk karangan yg panjang....ianya lebih kepada penyusunan point.maka mudah bg kita utk mengingati dan memahami.ia juga tidak menndatangkan dalil2 dari Al quran dan hadis.....harap2 kita paham....bukan kerana tak lengkap.....tapi nama pun talqis atau ringkasan.ade 32 muka surat jer...jangan jadi malas.

ok tu jer.persoalannya ialah...benarkah beliau sealiran dgn muhammad abd wahhab..? jawapannya berlambak...cuma kita je yg tak mencari..

wallahuallam
.

gambar kitab..nanti aku letak....kabel kamera disonglap oleh budak casa...hantar balikkkkkkkkkk.



Apa khabar Ustaz? Gambar ni gambar Ustaz ke? Kat Maghribi sana memang tidur macam kepompong ke? Bissihat... Thu 19-Jan-2006 20:18
Posted by:Sufiboyz
kok kita mempertentangkan lagi tentang albani sih jelas dia ulama ahli hadis yang....ana banyak mengkoleksi buku2nya,kenapa kita sering menuduh orang yang betul2 menegakkan islam yang sebenarnya dengan sebutan wahabi ya atau yang menisbatkan diri ke muhammad abdul wahab padahal mereka dah jelas2 diatas al HAQ diatas al qur'an dan sunnah yang sesuai dengan pemahaman para salaf.mereka yang jelas2 memper juangkan tauhid dan menghindari hal2 yang bid'ah dalam agama.yaa kalau kita ukur dengan pengetahuan agama kita yang ada di indonesia yang islamnya terkontaminasi dengan ajaran nenek moyang alias animisme pastikan sulit di terima karena yang di dahulukan adalah perasaan.tapi alhamdulillah di sini di sulawesi khususnya kampus unhas dah banyak sekali yang nge fans dengan kitab2 albani. Fri 27-Jul-2007 10:20
Posted by:syahidah syahidah_hi@yahoo.com
assalamualikum
ala kulli hal...terima kasih kerana meluangkan sedikit masa utk
menjenguk ke FP saya...sebenarnya saya sendiri pun tak pasti,adakah saya tak
memahami bahasa indonesia ataupun kamu yang tak memahami bahasa
malaysia..dr apa yg saya fahami,bahwa kamu menganggap saya tidak bersetuju
dgn syeikh al bani.perlu saya nyatakan, bahawa saya tdk pernah mengangap
mereka sebagai golongan yg membawa fahaman yg silap..di dlm banyak hal
juga saya berasa kagum dgn mereka2 ini..mereka jugalah ulama2 idola
saya..(ibnu taimiyyah.ibnu qayyim, ibn kathir dsbg.)..
Wed 1-Aug-2007 05:23
Posted by:seri
View all 5 comments Add comment


Friday, 13-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
CD slimane...raya aji...

buka jacket
sondol kang
gaya lelaki sejati..
View all 7 photos...



Bismillah..

assalamualikum...

baru balik dari raya...tak leh sambung kitab lagi.nanti lepas habis exam minggu depan....selamat hari raya haji...tambah²kanlah amalan kita...

wassalam..

dari bandar cowboy cd slimane

ehehe..terkejut kita..ingat org kepala kambing..hihi..okay..nice picture.. Sat 14-Jan-2006 10:35
Posted by:ais-putih  - [Link]
GREAT>>>>NICE Thu 19-Jan-2006 03:38
Posted by:MEY mey_sinta@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 10-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
makannnn

ayam ditimbun...
tah apa lagi ..
bekas tojin.
bismillah..

dua tiga hari ni ilex dulu..kes raya haji..

ni gmbar kawan aku belanja makan malam..esok nak pi raya umah arab...lepas balik sambung kitab..

asalamualaikum..hohoh..dapat juga saya menjejaki lelaki misteri ini..best best bagi penerangan kitab..apapun selamat blajar dan berjaya..hikss..nasehat owang tue plak aku nieh..hihih.. Tue 10-Jan-2006 05:38
Posted by:ais_putih  - [Link]
Add comment


Sunday, 8-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kitab utk permulaan...

nilah rupanya...
 



Bismillah...

kitab kita kali ini ialah taisir ulumil hadis lil mubtadiin.Pengarang bg kitab ini ialah Amr abd mun'im salim.kitab ini adalah kitab hadis yg amat sesuai bg mereka yg mula2 utk mengenali ulum hadis.buku ini juga telah disusun dgn sistematik utk memudahkan pemahaman mereka yg mula hendak mengenali ulum hadis.ayat2 yg digunakan juga amat mudah utk difahami.

kitab ini dibahagi kepada 3 bahagian.pada bahagian pertama, ianya membincangkan tentang usul hadis.di dlmnya terdapat mustolahat bg hadis sohih, hassan,dhoif dan apa yang berkaitan dgnya.pada bahagian kedua pula membincangkan tentang jarh wa ta'dil bagi perawi.Jarh ialah menyebut tentang seseorang perawi serta mensabitkan sifat penolakan atau menafikan sifat penerimaan yang memastikan bahawa riwayatnya ditolak.manakala ta' dil pula menyebut tentang seseorang perawi serta mensabitkan sifat penerimaan atau menafikan sifat penolakan yang memastikan riwayatnya diterima..manakala bahagian ketiga pula membincangkan tentang i'lal hadis iaitu perbincangan tentang kecacatan hadis atau kurang jelas yang boleh mencacatkan kesahihan hadis. Hadis tersebut pada zahirnya mematuhi syarat-syarat sahih yang lain, tetapi terdapat sebab tersembunyi yang hanya dapat diketahui oleh para ulama besar di mana ia boleh menghalang dari dihukumkan sebagai Hadis Sahih.juga apa yg berkaitan dgnya.
sudah kah kita membacanya..?

wallahuallam.



Sememangnya kita memerlukan seorang Ustaz untuk mengajar kitab ini. Bolehkah Ustaz mengadakan satu slot mempelajari kitab ini? Thu 19-Jan-2006 20:20
Posted by:Sufiboyz
Dear seri....

I love 1st image : Tapi kenapa tak vertical shot...or clockwise kan image tu...kena bengkok kan kepala.
Sat 10-Jun-2006 02:12
Posted by:abdhakamabdah  - [Link]
Add comment


Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sheikh Habti Rahimahullah...dan juga Sheikh Soleh..

sheikh kat tgh belakang..masa dulu2
senyum je sheikh solih ni..


Bismillah..
assalamualikum....

Dua hari lepas kita duk bicara tentang kitab sohih Bokhari dan muwatta'.Hari ni aku nak ajak berkenalan dgn dua org sheikh aku.

sedang aku cari gambar2 kitab yg pernah aku ambil dlm koleksi aku...tetiba aku berjumpa dgn dua gambar sheikh aku.gambar pertama ialah gambar sheikh Habti rahimahullah yg wafat pada tahun 2002.Dgn sheikh Habtilah aku mula mengenal apa itu hadis2 Bukhari,walaupun aku akui masa itu aku masih bengap dan jahil......kerana masa tu aku baru je merangkak dlm menutut ilmu....sekarang pun merangkak juga.tak tahu bila boleh berlari.aku sempat jugalah dgn sheikh ni selama dua tahun.Sheikh Habti meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di dalam rangka dakwah majlis ilmu di madinah wazan.Juhud sheikh Habti ini terlalu banyak....jika ade masa boleh aku citer.supaya memberi semangat kepada penuntut2 ilmu.semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Gambar kedua ialah, sheikh solih.kami belajar muwatta' dgn sheikh ini.sheikh kami sorang ni masih hidup dan sihat.orangnya jenis suka senyum dan lemah lembut.kami mengadakan kelas di rumahnya setiap hari ahad selepas solat asar sehingga hampir solat maghrib.semoga ilmu yg kami perolehi diberkati oleh Allah.

gambar pertama tu di ambil sebelum majlis makan di rumah sheikh Habti.
gambar kedua pula di ambil sewaktu santapan kus2 yg dijamu oleh sheikh soleh sempena cuti bulan Ramadhan.bukan kami bercuti kerana ramdhan, tetapi kami bercuti kerana sheikh kami sibuk pada bulan ramdhan.jadi tak de masa nak ngajar kami.

esok kita sambung balik dgn kitab hadis yg lain....perlu aku ingatkan bahwa cara pembentangan dan susunan kitab2 di dlm fotopages ini berdasarkan kepada collection yg ade kat aku.iaitu kitab2 aku je.selepas habis collection aku,barulah kita masuk kitab2 lain.

wassalam

Boleh tak Ustaz ceritakan pengalaman Ustaz semasa mula² menjejakkan kaki ke bumi Maghribi ini? Maksudnya dalam rangka Ustaz menuntut ilmu. Semoga dapat ana mengambil iktibar dan pengajaran. Thu 19-Jan-2006 20:24
Posted by:Sufiboyz
nak juga citerkan..tapi panjang sangat....lebih baik baca kejuhudan imam nawawi...mesti ko bersemangat utk menuntut ilmu.. Fri 20-Jan-2006 03:24
Posted by:seri
Add comment


Friday, 6-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Muwatta" Malik....

Ini aku Punya kitab
Ni pinjam
Bismillah......

Berkata Imam Syafe'i rahimahullah "Tidak aku ketahui selepas Al Quran ini,kitab yg lebih sohih daripada kitab Muwatta' Imam Malik". Kalam ini dilafazkan sebelum adanya Sohih BUkhari dan Sohih Muslim.Ini kerana Imam Malik wafat pada tahun 179 hijrah dan Imam Syafei 204 hijrah.manakala Imam Bukhari dan Imam Muslim terkemudian iaitu pada tahun 256 dan 261 hijrah.

Sohib kitab Muwatta' ialah Malik bin Anas bin Abi Amir.Beliau telah dilahirkan di Madinah pada tahun 93 hijrah sepertimana yg diriwayatkan oleh Yahya bin Bukair.

Imam Malik telah mengambil masa selama 40 tahun utk menghimpunkan hadis2 didalam Muwatto'nya. Berkata Hafiz Mughlato' 'orang yg mula2 menyusun hadis sohih ialah Imam Malik.

Kitab ini dinamakan MUwatta' adalah kerana hadis2 didalamnya disusun mengikut bab2 feqah.Didalamnya juga terdapat hadis2 marfu',maqtu',dan mauquf.akan tetapi semua hadis2 tersebut telah disambung sanadnya oleh Ibn Abd Bar kecuali berbaki lagi 4 hadis.manakala 4 hadis tersebut telah disempurnakan oleh Ibn Solah dan Ibn Marzuq.Maka tiada dalil bg kita utk menolak hadis2 yg terdapat di dalam Kitab Muwatta' Imam Malik.

Dikatakan juga sebab musabab Imam Malik menamakan kitabnya Muwatta' ialah kerana beliau telah membentangkan kitabnya kepada 70 org faqeh daripada Ulama2 feqah di Madinah.keputusannya ialah semua ulama'2 tersebut bersetuju akan kitab Muwatta' Imam Malik.Disebabkan itulah ianya di namakan Muwatta' yg membawa maksud persetujuan.

Perbezaan diantara Muwatta' dan sunan, ialah didalam muwatta' terdapat fatwa, seperti fatwa Imam Malik.Kitab ini dimulai dengan kitab waktu2 solat dan diakhiri dgn kitab nama2 Nabi junjungan besar Muhammad S.A.W..Semuanya terdapat 61 kitab.

Utk pengetahuan kawan2 aku yg kat luar....sekarang kami sedang bertalaqqi ngan Sheikh solih di khabazat.setiap hari ahad.terpulanglah sesiapa yg rajin...pergi....malas...duk umah.doakanlah kami alim macam imam Malik.Adakah semestinya bg diri kita apabila mempelajari feqah Maliki,kita bermazhab Maliki?.


Ana doakan Ustaz berjaya di dunia dan di akhirat...Jangan lupa balik Malaysia nanti ajar kami pula...Sememangnya masyarakat kita sekarang tercari² seseorang yang dapat membimbing mereka ke arah jalan yang lurus... Thu 19-Jan-2006 20:28
Posted by:Sufiboyz
aminnnnnn.... Fri 20-Jan-2006 03:26
Posted by:seri
Add comment


Thursday, 5-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fathul Bari..

aku punya
fathul bari
 



Imam Nawawi ada menyatakan di dalam kitab Taqribnya, bahawa tiada kitab yg lebih sohih di atas muka bumi ini selepas Al Quran melainkan kitab sohih Bukhari dan sohih Muslim.

Fathul Bari adalah salah satu dari beberapa penerangan(syarah) bg himpunan hadis2 Imam Bukhari selama 16 tahun.kitab ini disyarahkan oleh Ahmad b.Ali B.Hajar Al-Asqolani,atau lebih dikenali sebagai Ibnu hajar Al Asqolani yg wafat pada tahun 852 hijrah.

Nama sebenar bg Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Mohammad b.Ismail b. Ibrahim b.Mughirah.b Bardizbah.beliau bukanlah berasal dari keturunan arab,tetapi berketurunan Parsi.Imam Bukhari dilahirkan pada hari jumaat di bulan syawal pada tahun 194 hijrah.

Imam Bukhari telah mengumpul sebanyak 600,000 ribu hadis selama 16 tahun.akan tetapi beliau hanya meletakkan 7397 hadis sahaja di dalam jami' sohihnya (ibn hajar).ini menunjukkan ketelitian Imam Bukhari di dlm memilih dan menapis hadis yg benar2 sohih sahaja utk dimuatkan di dlm jami' sohihnya.

Di dalam sohih Bukhari terdapat 98 kitab yg di mulai dgn hadis 'innama a'malu binniyat...kenapa Bukhari memilih hadis ini sebagai hadis pertama utk jami' sohihnya..?

wallahuallam

lupa nak nyatakan tarikh wafat Imam Bukhari.....256 Hijrah. Wed 4-Jan-2006 03:26
Posted by:penulis sendiri
Kerana setiap perkara yang kita lakukan mestilah disertai dengan niat. Pendek kata, sebelum kita mendalami sesuatu ilmu, kita mesti membetulkan niat kita agar mendapat rahmat dan petunjuk juga pengampunan dari Allah S.W.T. Harap mendapat tunjuk ajar Ustaz. Thu 19-Jan-2006 20:33
Posted by:Sufiboyz
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.